Sukan Hari Ini

Putera Ali sedia pulih reputasi FIFA

Zurich: Putera Ali Al Hussein dari Jordan secara rasmi menyerahkan borang pencalonannya untuk bertanding jawatan Presiden FIFA semalam, berjanji memulihkan semula reputasi badan induk bola sepak dunia yang dibelenggu skandal rasuah itu.

Pemilihan bagi menggantikan Sepp Blatter dijadualkan pada 26 Februari depan namun FIFA berbincang untuk menangguhkannya dengan jawatankuasa eksekutif mengadakan mesyuarat krisis di ibu pejabat di Zurich, Ahad ini.

Blatter dan bos UEFA, Michel Platini, yang turut berharap mengambil alih jawatan utama itu, digantung oleh jawatankuasa etika FIFA minggu lalu. FIFA dibelenggu dakwaan rasuah dan berdepan siasatan jenayah di Switzerland dan Amerika Syarikat.

“Krisis di FIFA kali ini adalah satu peluang bagi perubahan positif,” ujar Putera Ali. “Banyak cadangan bernas diberikan mengenai masa depan FIFA.

“Masa depan yang lebih bagus hanya akan hadir jika idea diamalkan dan ia hanya boleh berlaku jika FIFA mempunyai pemimpin yang tepat.

“Saya yakin FIFA boleh menangani tempoh sukar ini dengan reputasinya dipulihkan dan menjadi sebuah pertubuhan yang sekali lagi dihormati.”
– Reuters/harian metro

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");