Berita Hari Ini

Rakyat Kelantan diminta kurang aktiviti luar

KOTA BHARU – Berikutan keadaan dan cuaca yang kurang memuaskan sejak beberapa hari ini, Kerajaan Negeri Kelantan menasihatkan seluruh rakyat supaya mengurangkan aktiviti luar buat sementara waktu sehingga keadaan kembali pulih seperti biasa.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, ibu bapa juga perlu memastikan anak-anak di bawah jagaan mereka mengambil langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya daripada terus terdedah dengan aktiviti di luar rumah.

“Ambil langkah keselamatan yang sesuai bagi mengelakkan risiko ekoran suasana jerebu yang melanda negara.

“Kerajaan Negeri nasihatkan orang ramai supaya sentiasa jaga kesihatan, banyakkan minum air bersih dan guna topeng muka jika terpaksa terlibat dengan aktiviti luar dalam keadaan sekarang,”katanya kepada Sinar Harian.?

Beliau berkata demikian selepas Kelantan diumum antara negeri yang turut terlibat dengan jerebu yang melanda negara sejak dua minggu lalu.

Sehingga kini, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengarahkan semua sekolah di seluruh negara kecuali Labuan, Kelantan, Sarawak dan Sabah ditutup pada 5 dan 6 Oktober susulan jerebu yang melanda kini berada ditahap yang sangat tidak memuaskan.

Penutupan sekolah selama dua hari itu melibatkan semua sekolah di Johor Bahru, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Perlis, Kedah, Perak, Melaka, Terengganu dan Pahang.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");