Sukan Hari Ini

Ramdan membara

Kuala Lumpur: Kejayaan tiga pelumba negara menamatkan saingan dalam kelompok lima teratas di Grand Prix Jepun di Motegi Ahad lalu, membuatkan jiwa pelumba Petronas AHM Mohd Ramdan Mohd Rosli lebih membara apabila menerima tiket wildcard pada Moto2 Grand Prix Kejuaraan Dunia di Sepang, hujung minggu depan.

Ramdan yang menjadikan aksi terpuji tiga senior – Zulfahmi Khairuddin, Azlan Shah Kamaruzaman dan Hafizh Syahrin Abdullah – sebagai motivasi, berjanji akan melakukan tunggangan terbaik khususnya di depan penyokong sendiri ketika GP Malaysia pada 23 hingga 25 Oktober nanti.

Jelasnya, pengalaman berharga ketika membuat kemunculan pertamanya, juga menerusi tiket wildcard dalam aksi Moto2 di Sepang musim lalu selain GP Catalan di Litar Catalunya, Sepanyol Jun lalu, akan digunakan sebaiknya pada penampilan kali ini.

“Saya sendiri tidak menjangka diberi wildcard di Catalunya kerana sedar perlumbaan Moto2 bukannya mudah, semua pencabar berada pada tahap tertinggi.

“Tapi saya diberi peluang Petronas untuk bersaing, secara tidak langsung bagus untuk menambah pengalaman dan juga belajar daripada pelumba lain cara menguruskan perlumbaan terutama soal persediaan diri sendiri dan jentera pada hari pertama dan kedua.

“Namun, dengan kejayaan pelumba kita di Jepun tempoh hari sedikit sebanyak menaikkan semangat saya untuk cuba melakukan kejutan di Sepang nanti,” katanya yang menamatkan perlumbaan di Catalunya di tangga ke-24.

Sementara itu, Ramdan yang turut berlumba dalam Kejuaraan Moto2 CEV Sepanyol mensasarkan untuk menamatkan kejuaraan dalam kelompok 10 terbaik keseluruhan.

Berdasarkan kedudukan terkini, pelumba kelahiran Klang, Selangor itu kini berada di tempat ke-14 dengan mengumpul 19 mata.

“Ada baki dua lagi pusingan dan jika saya meraih tempat kelima atau keenam dalam setiap perlumbaan, tidak mustahil menamatkan perlumbaan di tempat ke-10 terbaik.

“Sebelum ini di Catalunya, saya hampir mendapat podium tapi tidak bernasib baik apabila sedikit kesilapan mengundang masalah. Namun saya belajar sesuatu dan akan berusha menjadi lebih baik,” katanya.

-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");