Panasnya Hari Ini

Ramesh Rao Saran Tun M Jalani Pemeriksaan Mental

KUALA LUMPUR: Pengerusi Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao menyarankan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya menjalani pemeriksaan mental kerana beliau kini bertindak melakukan perkara yang ditentang olehnya dahulu.

Beliau juga turut menyarankan rawatan mental itu dibuat setiap enam bulan sekali.

Kenyataan Ramesh itu merujuk kepada serangan agresif Dr Mahathir terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri najib Razak sejak akhir-akhir ini.

“Saya minta Tun Mahathir menjalani pemeriksaan mental dengan segera, saya rasa beliau sudah gila, dulu tak sokong demonstrasi sekarang sokong, dulu tak sokong media asing sekarang sokong, dulu tak sokong undi tidak percaya sekarang sokong, ini sudah membutikan dia sudah gila.

“Minggu lepas dia kata bila Najib sampai keluar negara dia akan ditangkap, jadi ini kenyataan orang-orang gila, kepala tak betul, kenyataan pun dan tak waras, ujar Ramesh memetik laporan Free Malaysia Today.

Beliau juga menyatakan faktor umur Mahathir yang sudah melebihi 60 tahun memungkinkan Perdana menteri ke-4 itu seolah-olah seperti sasau.

Ahli-ahli politik yang mengeluarkan kenyataan mengelirukan rakyat juga disaran oleh Ramesh supaya menjalani pemeriksaan mental.

“Dulu Lim Kit Siang kata kerajaan BN perasuah, kalau dia waras kenapa tak pergi lapor kepada SPRM, orang yang bising tanpa bukti ini adalah orang kurang siuman.

“Kalau pemimpin politik di Malaysia ini waras mereka tidak keluarkan kenyataan yang tidak waras dan tidak tepat, baik pemimpin pembangkang atau Barisan Nasional,”ujarnya.

Dalam pada itu, beliau juga menegaskan kenyataan Rafizi Ramli semalam berkenaan hutang 1MDB mampu menyelesaikan hutang PTPTN pelajar tidak mempunyai kaitan dan tidak masuk akal.

Foto- Free Malaysia Today

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");