Panasnya Hari Ini

Razlan Saran Saifuddin Keluar UMNO

KUALA LUMPUR: Tindakan bekas timbalan menteri, Datuk Saifuddin Abdullah menghadiri perbincangan meja bulat bagi menubuhkan gabungan pakatan pembangkang baharu iaitu Pakatan Harapan mendapat reaksi daripada pelbagai pihak.

Terbaharu, Ketua Pemuda UMNO Razlan Rafii tampil menggesa Saifuddin supaya keluar dari parti keramat UMNO itu jika masih mempunyai harga diri.

“Kalau ada harga diri yang tinggi, janganlah sampai orang nak kena buang dia,” ujar Razlan memetik laporan Malaysiakini.

Razlan turut mengambil contoh situasi di tempat kerja di mana jika seseorang pekerja itu tidak berminat untuk bekerja di sesuatu tempat maka pekerja itu harus berhenti dengan sendiri,

“Jangan buat masalah kepada orang lain sampai nak kena buang kerja, nak kena surat amaran atau macam-macam lagi,” ujarnya lagi.
Menurut Razlan, kenyataan yang dikeluarkan Saifuddin menunjukkan idea “politk baru” yang diketengahkannya tidak seiring dengan formula UMNO dalam menyelesaikan masalah Melayu.
Beliau juga menyatakan Saifuddin harus membentuk parti baru atau menyertai pembangkang jika terus percaya dengan idea politik baharunya itu.

Saifuddin dikenali ramai kerana lantang mengkritik kerajaan walaupun beliau adalah seorang ahli UMNO, namun begitu, tindakan beliau menghadiri perbincangan meja bulat bagi pembentukan gabungan baru DAP, PAS, dan Parti Amanah Negara (AMANAH) membuatkan beliau menerima surat tunjuk sebab daripada partinya itu.

Foto- Malaysiakini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");