Jenayah

Rebah dibaling kon

Kuala Terengganu: Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an tersungkur selepas dibaling dengan kon keselamatan oleh pengawal keselamatan ketika cuba melarikan diri selepas mencuri barangan milik pesakit dan jururawat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, kelmarin.

Suspek dipercayai masuk ke dalam wad tingkat 2 dan mengambil beg duit serta telefon bimbit milik jururawat selain tablet pesakit yang tidak berupaya, kira-kira jam 8.45 malam.

Bagaimanapun tindakan suspek yang berasal dari Kampung Bukit Tunggal itu disedari kakitangan wad terbabit sebelum memaklumkan kepada pengawal keselamatan yang mengawal di lobi HSNZ.

Pengawal Keselamatan HSNZ Anuar Abu Bakar, 33, berkata sebaik menerima maklumat mengenai jenayah lelaki terbabit dia segera menunggu suspek berhampiran tangga di lobi.

Menurutnya, pencuri berkenaan yang bergegas melarikan diri dengan barangan curi itu berjaya ditahan di lobi.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");