Jenayah

Remaja dikhuatiri lemas ketika elak pemeriksaan polis

SANDAKAN: Seorang remaja dikhuatiri lemas selepas disyaki terjun ke laut dalam usaha melarikan diri daripada melalui pemeriksaan polis di Jalan Coastal, di sini, awal pagi tadi.

Remaja berusia 17 tahun itu dikatakan berbuat demikian di kawasan tembok Sandakan, di sini kira-kira jam 1 pagi.

Operasi mencari di kawasan perairan berkenaan sehingga Kampung Combo Laut, di sini, dilancarkan sejurus laporan mengenai kehilangannya.

Difahamkan operasi itu dilakukan bersama oleh anggota polis, bomba dan penyelamat, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia.

Setakat jam 12 tengah hari tadi, remaja itu masih belum ditemui.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/89395

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");