Jenayah

Remaja maut kereta rempuh pokok

Georgetown: Remaja lelaki maut apabila kereta dinaiki bersama dua rakan terbabas dan merempuh pokok di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini, malam tadi.

Dalam kejadian 12.30 tengah malam itu, Jevastian Paravindar Francis Xavier, 17, maut di lokasi akibat kecederaan di kepala dan badan.

Penolong Kanan Penguasa Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, Mohd Azman Hussin berkata, pihaknya menerima panggilan pada 12.41 tengah malam dan tiba di lokasi lapan minit kemudian.

“Mangsa yang maut berada di tempat duduk penumpang hadapan manakala dua lagi rakannya cedera ringan.

“Kita dapati kereta yang dipandu rakan mangsa melanggar pembahagi jalan dan tercampak hampir 15 meter sebelum merempuh pokok,” katanya.

Mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");