Jenayah

Remaja maut motosikal bergesel

Klang: Dua remaja lelaki masing-masing berusia 14 tahun maut selepas motosikal ditunggangi bergesel sesama sendiri sebelum terjatuh di Telok Gadong Kecil, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 9 malam itu, kedua-dua mangsa dipercayai berlumba bersama seorang lagi lelaki yang melarikan diri selepas kejadian.

Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Daerah Klang Selatan, Deputi Superintendan Sampornak Ismail berkata, kedua-dua mangsa dikenali sebagai Wan Muhammad Syahril Wan Hussain dan Nedi Yusra Azmal.

“Ketika tiba di lokasi kejadian kedua-duanya bergesel menyebabkan mereka terjatuh.

“Motosikal mangsa pertama (Wan Muhammad Syahril) bertembung dengan lori yang kebetulan lalu di tempat kejadian.

“Kedua-dua mangsa maut di lokasi dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat,” katanya.

– See more at: http://www.hmetro.com.my/node/85665#sthash.zEkSvyre.dpuf

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");