Jenayah

Rokok seludup lebih RM500,000 dalam bas

Kuala Terengganu: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 77 kotak rokok seludup bernilai RM502,779.20 dalam serbuan di Tol Lebuh Raya Pantai Timur 2, Kampung Gemuruh, di sini, Rabu lalu.

Dalam serbuan 3.20 pagi, dua lelaki masing-masing 44 dan 52 tahun turut ditahan.

Pengarahnya, Datuk Hamzah Sundang berkata, serbuan dilakukan hasil maklumat dan risikan sebelum menahan bas ekpres dipandu dua lelaki terbabit bersama 25 penumpang lain.

“Pemeriksaan menemui 77 kotak rokok seludup yang diletakkan di bawah tempat penyimpanan barang dan tempat tidur pemandu di belakang bas.

“Dua lelaki terbabit kini direman selama 10 hari sehingga 30 hari untuk disiasat mengikut Seksyen 135 Akta Kastam 1967, ” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");