Jenayah

Rokok seludup, mercun RM1.5 juta dirampas

Kuantan: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 3 merampas sebanyak 12,540 karton rokok seludup dan 1,243 kotak mercun yang bernilai kira-kira RM1.5 juta kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira 1.30 petang itu di rumah di Taman Seri Teruntum, di sini, dua lelaki warga tempatan dan Myanmar turut ditahan

Komander PPM Wilayah 3 Asisten Komisioner Azmi Ibrahim berkata, pihaknya mengekori sebuah van yang dalam keadaan mencurigakan keluar dari kawasan Batu 5 berhampiran Kuala Sungai Kuantan sehingga ke taman perumahan berkenaan.

“Kita terus menyerbu rumah berkenaan dan mendapati dua lelaki berusia 25 dan 30 tahun sedang memunggah pelbagai jenis rokok seludup dan mercun dipercayai untuk diedarkan kepada peruncit sekitar bandar ini.

“Kita menahan kedua-dua mereka untuk siasatan lanjut dan merampas semua rokok dan mercun berkenaan. Ini adalah rampasan terbesar kita untuk tahun ini,” katanya pada sidang media, di sini, pagi tadi.

Azmi berkata, siasatan mendapati rokok berkenaan dibawa masuk ke negeri ini melalui jalan darat serta laut dari negara jiran dan dipercayai untuk pasaran negeri pantai timur.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");