Sukan Hari Ini

Safiq tuntut rakan pamer aksi terbaik

Petaling Jaya: Kapten negara Safiq Rahim (gambar) mahu rakan sepasukan memberikan fokus kepada dua perlawanan penting walaupun keputusan FIFA menghadiahkan kemenangan 3-0 kepada Arab Saudi.

Katanya, mereka bertanggungjawab atas padang untuk memberikan persembahan terbaik menentang Laos dan Timor Leste nanti.

“Saya berharap kami mampu mengekalkan persembahan terbaik. Kami mahukan keputusan yang baik dalam dua perlawanan ini kerana sudah lama tidak mendapatkannya,” katanya selepas sesi latihan semalam.

Keputusan FIFA itu menyebabkan jaringan yang dilakukan Safiq pada perlawanan di Stadium Shah Alam tidak diambil kira.

Perancang tengah Johor Darul Taa’zim (Johor DT) itu turut melahir perasaan terkilan apabila perlu beraksi tanpa penonton ketika menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE).

“Terkilan kerana pemain mahukan penonton membakar semangat namun saya berharap pemain lebih positif dan menjalankan tanggungjawab dengan baik,” katanya.

Malaysia memerlukan kemenangan dalam dua pertemuan kelas A bagi membaiki kedudukan ranking ke -171 ketika ini.

– Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");