Sukan Hari Ini

Sampai bila mahu tunggu?

Kuala Lumpur: “Masih menunggu FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia),” itu jawapan yang diberikan B Sathianathan mengenai afidavit keduanya yang diserahkan kepada badan induk bola sepak tempatan itu berhubung keengganan Persatuan Bolasepak Angkatan Tentera Malaysia (PBATM) melaksanakan arahan FAM.

Katanya, PBATM hingga kini masih gagal mengadakan sebarang rundingan dengannya seperti yang diarahkan FAM selain menghalang bekas jurulatih kebangsaan itu kembali memimpin pasukan.

“Sejak saya mengemukakan afidavit kedua pada 18 Ogos lalu, FAM masih belum memanggil saya untuk membicarakan kes itu. Sekarang sudah masuk pertengahan Oktober, namun saya masih belum dapat apa-apa jawapan daripada FAM.

“Saya ada bertanya beliau (Datuk Takiyuddin Hassan, pengerusi jawatankuasa status pemain FAM) bila kes saya itu akan dipanggil, tapi beliau mohon diberikan lebih masa lagi kerana terlalu sibuk.

“Kalau boleh saya menyeru FAM segerakan perkara ini memandangkan ia membabitkan periuk nasi saya. Jika perkara ini terus berlanjutan, mereka (PBATM) akan lebih besar kepala malah sampai sekarang pun gaji saya masih tertunggak,” katanya semalam.

Sebelum ini, karier jurulatih berusia 57 tahun itu seakan menemui titik noktah apabila beliau digantung tidak bertali susulan kemerosotan prestasi skuad The Gladiators pada awal musim.

Lantas, PBATM membuat keputusan drastik pada 14 April lalu dengan mengarahkan Sathianathan berehat daripada tugasannya buat sementara waktu.

Namun, pada 27 Julai lalu menyaksikan Jawatankuasa Status Pemain FAM memutuskan notis diberikan PBATM kepada Sathianathan tidak sah kerana melanggar prosedur ditetapkan dengan jurulatih itu dibenarkan kembali menjadi pengendali ATM.

-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");