Isu Panas

“Saya Tertarik Kepada Model Berbilang Kaum PKR” – Saifuddin

PETALING JAYA: Datuk Saifuddin Abdullah menegaskan beliau menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana merasakan tidak sesuai bersama dengan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Saifuddin berkata beliau tertarik dengan model berbilang kaum PKR, tidak seperti BN yang didakwa mengamalkan politik perkauman.

“Saya menganggap ini satu keputusan besar bagi orang kecil seperti saya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR pada Khamis.

Beliau juga berkata akan meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) sebaik sahaja pengerusinya, Tan Sri Razali Ismail kembali dari luar negara.

Saifuddin yang juga bekas timbalan menteri, baru-baru ini menerima surat tunjuk sebab oleh Umno kerana menghadiri persidangan meja bulat pihak pembangkang pada 21 September lalu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Saifuddin gagal mempertahankan kerusi Parlimen Temerloh yang jatuh ke tangan PAS.

Beliau juga hilang jawatan dalam Majlis Tertinggi Umno selepas tewas pada pemilihan parti itu pada tahun yang sama.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");