Berita Hari Ini

Segera syor penambahbaikan undang-undang SPRM

SHAH ALAM – Kerajaan digesa laksanakan semua syor penambahbaikan undang-undang pencegahan rasuah yang pernah dikemukakan bagi menambahbaik perjalanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR), Tan Sri Abu Zahar Ujang ketika menerusi sebuah kenyataan berkata, sehingga kini syor penambahbaikan yang dicadangkan masih belum dibawa ke Parlimen dan dilaksanakan.

“Ini tahun ketiga saya menjadi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, kami telah mencadangkan perubahan-perubahan ke atas Akta SPRM 2009 bagi membawa penambahbaikan demi memperkukuhkan SPRM.

“Tetapi sehingga kini belum ada pembentangan di Parlimen. Saya tidak pasti sama ada perubahan ini akan dibawa ke Parlimen pada sesi ini (yang akan bermula 19 Oktober 2015), tetapi saya berharap pindaan-pindaan yang telah disyorkan sebelum ini akan dibawa sebelum penggal saya sebagai ahli Dewan Negara berakhir April 2016,” katanya ketika dilaporkan berucap dalam satu majlis hari ini.

Antara perkara yang pernah disyorkan ialah pembentukan Suruhanjaya Perkhidmatan Pencegahan Rasuah Malaysia, aspek pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM di bawah Perlembagaan Persekutuan, pindaan Seksyen 23 dan 36 Akta SPRM 2009, serta mewujudkan peruntukan liabiliti korporat dan salah laku penjawat awam.

Difahamkan, syor tersebut dikemukakan demi memperkasakan SPRM dan mewujudkan persekitaran bebas rasuah di Malaysia.

“Ketua Pesuruhjaya Tan Sri Abu Kassim telah memberi penjelasan mengenai isu semasa kepada saya dan ahli JKMR. Saya telah meminta beliau supaya menjalankan tugas yang diamanahkan dengan bebas dan profesional.

“Kita perlu ikut undang-undang, kita perlu praktikal, serius dan tanpa membuat andaian-andaian awal yang tidak berasas,” katanya.

Bagaimanapun jika siasatan SPRM mendapati ada pihak yang melakukan kesalahan, kita tidak boleh berkompromi.

“JKMR akan menyokong tindakan-tindakan yang diambil oleh SPRM,” katanya lagi.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");