Sukan Hari Ini

Selangor enggan komen rombakan

Kuala Lumpur: Selangor memilih untuk berdiam diri terhadap khabar angin akan berlakunya rombakan terhadap skuad Liga Super Merah Kuning musim depan.

Pengurus Selangor Amirudin Shari menegaskan pengurusan pasukan Liga Super Merah Kuning tidak akan memberikan sebarang reaksi kerana fokus kini menjurus terhadap menghadapi saingan Piala Malaysia.

“Khabar angin perpindahan (jurulatih, pemain import dan tempatan) adalah sebahagian daripada asam garam bola sepak. Jadi pihak pengurusan tidak berminat untuk memberi sebarang reaksi kerana fokus utama adalah menghadapi Piala Malaysia berbanding perkara lain,” katanya semalam.

Pengendali Selangor Mehmet Durakovic dilaporkan akan disingkirkan selepas dua musim bersama Merah Kuning kerana sehingga kini tiada kejuaraan mampu diraih.

“Pengurusan Liga Super Selangor berharap semua pihak dapat menghormati kedudukan Durakovic selaku jurulatih pasukan. Beliau masih mempunyai kontrak setahun (sehingga penghujung 2016) bersama kami (Persatuan Bolasepak Selangor).

“Sebarang spekulasi yang membabitkan pertukaran jurulatih dan pemain boleh merencatkan persiapan mental pasukan bagi menghadapi baki perlawanan Kumpulan C.

“Jadi Durakovic dan pasukan kendaliannya perlu diberi ruang dan peluang membuktikan kebolehan mereka mara ke peringkat seterusnya. Sokongan penyokong setia Selangor amat diperlukan,” katanya.

Berbaki dua perlawanan, Selangor kini mendahului Kumpulan C dengan tujuh mata selepas dua kemenangan, satu seri dan satu kekalahan.

-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");