Berita Hari Ini

Semak sistem pendawaian sekolah lebih 20 tahun

KUALA LUMPUR: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)? diarah supaya menyemak semula sistem pendawaian sekolah yang melebihi usia 20 tahun.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata ia bagi memastikan sistem pendawaian sentiasa berada dalam keadaan baik untuk mengelak kejadian tidak diingini seperti kebakaran akibat lintar pintas.

Beliau mengulas mengenai kebakaran di Sekolah Kebangsaan Taman Samudra, Batu Caves di sini semalam.

Kebakaran yang berlaku kira-kira pukul 11.45 pagi itu membabitkan aras empat sebuah blok bangunan yang menempatkan lima bilik darjah, bilik muzik, bilik seni, bilik rehat murid, stor menyimpan meja dan buku.

“Laporan awal yang diterima mengatakan kebakaran adalah berpunca daripada litar pintas. Saya ambil serius tentang perkara ini dan meminta Jabatan Pendidikan Negeri melalui Pejabat Pendidikan Daerah agar menyemak semula profiling sekolah yang sudah berusia antara 20 hingga 30 tahun,” katanya kepada pemberita ketika melawat sekolah tersebut hari ini.

Mahdzir berkata kementeriannya akan memberi bantuan untuk membaik pulih semula kerosakan yang dianggarkan melebihi RM500,000.

Beliau memuji pihak sekolah yang mengambil langkah segera menyelamatkan warganya.

“Kita bersyukur tiada kemalangan jiwa yang berlaku. Didapati pelajar tidak berada dalam kelam-kabut. Pihak sekolah ambil tindakan yang begitu teratur untuk keluarkan mereka dari bangunan yang terbakar,” katanya. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");