Sukan Hari Ini

Seung Hwan akur nasihat

Alor Setar: “Saya berasa begitu lega kerana Bang Seung Hwan mahu mendengar nasihat saya dan kembali beraksi semula untuk Kedah selepas tidak bersama sejak perlawanan menentang Johor DT II,” kata pengurus pasukan, Datuk Jeffry Low.

Menurutnya, Seung Hwan meninggalkkan pasukan Kedah sejak berlaku salah faham antaranya dengan ketua jurulatih Tan Cheng Hoe sejurus tamat perlawanan bertemu Johor DT II di Alor Setar bulan lalu dan tidak menjalani latihan.

“Saya bersemuka dengannya dan menasihatinya supaya berfikir secara profesional kerana sebagai pemain bola sepak profesional mempunyai tanggungjawab terhadap pasukan Kedah dan dia perlu melupakan masalah peribadi dan beraksi demi kejayaan pasukan.

“Saya memang lega kerana dia menerima nasihat saya dan kembali menjalani latihan bersama pasukan negeri di Stadium Darulaman petang semalam (kelmarin) dan saya yakin kehadirannya mampu mencerahkan lagi harapan kami meraih kejayaan bertemu Terengganu di Kuala Terengganu.

“Inilah masanya Kedah memerlukan tenaga setiap pemain negeri dan inilah juga masa mereka membayar balik jasa baik Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) mengambil mereka menyarung jersi pasukan negeri dan tumpukan perhatian terhadap kejayaan pasukan,” kata Jeffry.

Menurutnya, Seung Hwan juga bersetuju untuk meminta maaf kepada Cheng Hoe secara bersemuka dan keadaan itu pasti memanfaatkan pasukan Kedah demi mengejar tempat ke suku akhir Piala Malaysia musim ini.

-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");