Jenayah

Sewa BMW untuk samun

Kuala Lumpur: Taktik sekumpulan empat penjenayah warga Amerika Latin yang menggunakan kereta mewah untuk memecah masuk ke kawasan perumahan elit di sekitar Lembah Klang sejak sebulan lalu akhirnya tumpas selepas ditahan polis, pagi kelmarin

Dengan menggunakan sebuah kereta sewa jenis BMW, semua lelaki yang dipercayai berusia 28 hingga 30 tahun itu aktif menyamun antara jam 6 petang dan 10 malam dengan menyusup masuk melalui pagar belakang sebelum mengumpil pintu rumah ketika penghuni tiada.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa berkata, semua suspek ditahan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields dalam serbuan di sebuah rumah di kondominium berhampiran Jalan Jalil Perwira, Bukit Jalil, di sini, kira-kira jam 4 pagi kelmarin.

Menurutnya, polis menemui beberapa peralatan termasuk besi pengumpil dan kuku kambing yang dipercayai digunakan kumpulan terbabit untuk memecah masuk rumah.

Tajuddin berkata, polis turut merampas lapan telefon bimbit, 19 jam tangan berjenama serta sejumlah barang kemas yang dianggarkan bernilai lebih RM150,000.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");