Perak Hari Ini

Sistem Penyampaian Agensi Kerajaan di Perak Catat Prestasi Membanggakan

IPOH: Sistem penyampaian bagi hampir kesemua agensi di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Perak telah mencatatkan prestasi yang membanggakan.

Ia telah dinilai berdasarkan Sistem Penilaian Kepuasan Pelanggan Secara Eletronik (e-Rating) yang telah diwujudkan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

Ketua Pengarah MAMPU, Datuk Seri Zainal Rahim Seman berkata, sehingga September 2015, sebanyak 16,153 maklum balas telah diterima dengan 99.34 peratus pelanggan telah memberikan penilaian cemerlang dan memuaskan.

“Bagi negeri Perak, ingin saya nyatakan bahawa daripada 273 unit tablet yang telah diberikan termasuk 19 agensi yang akan diberikan anugerah pada hari ini telah pun mencapai tahap kepuasan pelanggan sebanyak 99 peratus.

“Ini suatu yang sangat kita banggakan dan nampaknya Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri memberikan perhatian yang cukup serius dalam usaha menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat,” katanya.

Jpeg

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian di Majlis Penghargaan Agensi Pelaksana Sistem e-Rating Negeri Perak, di sini, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dan Timbalan Setiusaha Kerajaan (Pengurusan), Datuk Razali Othman.

Ujarnya, tablet untuk sistem e-Rating juga akan dibekalkan di empat Pejabat Daerah dan lima Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang belum melaksanakan sistem berkenaan di negeri ini.

Beliau juga menyatakan bahawa, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir boleh meminta Pejabat SUK Perak untuk menyediakan laporan prestasi ataupun laporan kepuasan pelanggan terhadap sistem penyampaian melalui e-Rating.

“Dalam usaha untuk meneruskan kemajuan di negeri ini, saya lihat bahawa Kerajaan Negeri telah meletakkan platform yang cukup kukuh bagi memberi jaminan pertumbuhan ICT di negeri Perak berada di landasan yang cukup tepat.

“Untuk itu, beliau telah meminta MAMPU bersama-sama melihat kebolehan bagaimana platform ICT ini ataupun e-Rating dapat dijadikan kajian utama memastikan peningkatan keberkesanan sistem penyampaian awam,” tegasnya lagi.

Jpeg

Sementara itu, beliau berkata lagi,  bagi jabatan atau agensi yang melaksanakan e-Rating tersebut di seluruh negara, secara keseluruhannya sebanyak 327,310 maklum balas telah diterima dengan 93 peratus daripada pelanggan memberikan penilaian perkhidmatan kaunter yang cemerlang dan memuaskan.

“Kita telah laksanakan e-Rating sejak tahun 2012 di 12 agensi Kerajaan dan 164 kaunter telah kita sediakan yang mana rata-ratanya diletakkan di jabatan atau agensi barisan hadapan.

“Sesuai dengan dasar merakyatkan perkhidmatan awam, kerajaan sentiasa prihatin dan sentiasa ingin melahirkan pendekatan baru untuk melihat bagaimana kita boleh menambahbaik sistem penyampaian,” tambahnya lagi.

Terdahulu, beliau telah menyampaikan sijil penghargaan e-Rating kepada beberapa agensi di bawah Kerajaan Negeri iaitu Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");