Sukan Hari Ini

Skuad Projek lebur The Burras

Johor Bahru: Kejutan dicipta skuad Projek 2016 selepas berjaya menewaskan pasukan gergasi dunia Australia 3-2 pada perlawanan ketiga Piala Sultan Johor, malam tadi.

Berlangsung dengan penuh dramatik di Stadium Hoki Taman Daya, ia juga kemenangan pertama dilakar skuad negara sekali gus menghidupkan peluang mereka untuk mara lebih jauh pada saingan edisi kelima itu.

Anak buah Arul Selvaraj bermula baik apabila berada di depan pada minit kelima selepas Shahril Saabah tenang menyempurnakan pukulan sudut penalti hasil tolakan cantik Meor Muhamad Azuan Hasan.

Tersentak dengan gol awal itu, Australia terus memberi tekanan kepada skuad negara tetapi tujuh pukulan sudut penalti yang dihadiahkan kepada mereka semuanya gagal disempurnakan dengan baik.

Bersambung babak kedua, skuad negara sekali lagi bermula baik selepas Norshaafiq Sumantri menambah gol kedua minit ke-38 menerusi jaringan padang.

Bagaimanapun Frazer Gerrard berjaya memperoleh gol pertama untuk Australia hasil gol padang pada minit ke-43 tetapi Najmi Jazlan menjaringkan gol ketiga menerusi pukulan sudut penalti.

Max Hendy menambah gol kedua juga menerusi gol padang tujuh minit sebelum tamat.

Sementara itu juara bertahan, India mencatat kemenangan kedua selepas menewaskan Argentina 3-2.

Pakistan pula yang beraksi hambar pada dua perlawanan pertama apabila tewas 1-5 kepada India serta 2-6 di tangan Australia mempamer aksi cemerlang apabila berjaya mengikat Britain 0-0 sekali gus mengutip satu mata berharga.

-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");