Sukan Hari Ini

SMK Za’ba bawa bekalan selesa

SEKOLAH Menengah Kebangsaan (SMK) Za’ba dari Negeri Sembilan mendapat bekalan selesa untuk ke separuh akhir Piala Liga Menteri Pendidikan Bawah 14 Tahun selepas menundukkan SMK Seri Titiwangsa, Kuala Lumpur 2-0 di laman lawan, Sabtu lalu.

Pada aksi suku akhir pertama di Stadium Mini Seri Permaisuri, Cheras itu tuan rumah turun penuh bersemangat bertali arus melancarkan serangan ke kubu lawan bagi mencari gol pembukaan.

Namun, SMK Za’ba terlebih dahulu di depan menerusi jaringan Muhamaad Hakeem Mohd Razib minit ke-16 sebelum Muhamad Zharif Nazhan Refli menambah gol kedua pada m-52.

Sementara itu, ketua jurulatihnya, Masuwan Mansor mengakui pasukannya memiliki kelebihan ke separuh akhir namun enggan memandang mudah aksi berikutnya pada 10 Oktober ini.

“Bermain di laman sendiri boleh menjadi sukar tetapi saya harap pemain mengekalkan pelan permainan dan kekal berdisiplin.

“Saya harap mereka mampu ulangi aksi hebat ini di Kuala Pilah. Saya jangka 70 minit selepas ini pasti sukar,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Jurulatih SMK Seri Titiwangsa, Abdul Halim Ismail mengakui bahawa mereka tidak bermain dengan baik pada perlawanan tersebut.

Lain-lain keputusan, Sekolah Sukan Gambang (B14) kalahkan SMK Seri Kota (Melaka) 5-1, SMK Mutiara Impian (Pulau Pinang) tewas 1-4 SMK Tunku Anum (Kedah) dan SMK Syed Hassan (Perlis) seri 1-1 Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (B14).

– Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");