Panasnya Hari Ini

SOSMA 2012 Disalah Guna Oleh Najib – 6 Tokoh Politik & Negarawan

KUALA LUMPUR: Negarawan dan tokoh politik veteran antara enam individu yang tampil bagi mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak supaya tidak sewenangnya menyalahguna kuasa diberikan.

Antara yang tampil hari ini ialah Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa Najib telah bertindak menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA 2012 untuk menakutkan rakyat.

Beliau mempersoalkan penahanan bekas Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang bertindak melaporan berkaitan kelemahan kerajaan sehingga menyebabkan beliau ditangkap malah peguamnya Matthias Chang juga turut ditahan.

Tegasnya sepatutnya SOSMA digunakan hanya untuk pengganas dan beliau turut mempersoalkan tindakan Khairuddin dan peguamnya ditafsirkan adakah ianya telah ditafsirkan sebagai pengganas.

Ujar Mahathir lagi, apabila Najib menerima teguran, pastinya individu berkenaan akan dikenakan tindakan malah apabila timbulnya tuduhan kepada kerajaan, individu yang membuat laporan berkenaan juga akan ditangkap.

Katanya lagi kini, individu berkenaan dituduh dengan perkara yang tidak masuk akal yang sama sekali tidak mempunyai kaitan dan hubung kait dengan mereka malah laporan itu merupakan kejadian jenayah dan bukannya satu kesalahan besar untuk diadili sedemikian.

Tegas beliau lagi, ianya merupakan sistem yang sedang diamalkan oleh kerajaan ‘Najib’.

Sementara itu menurut Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Muhyiddin Mohd Yassin, menyatakan keyakinan dengan pendirian Tun Mahathir dan berpegang teguh dgn kata-katanya.

Ujarnya lagi, isu berkaitan dengan 1MDB adalah melibatkan rakyat dan beliau perlu berganding bahu dengan bekas Perdana Menteri itu.

Beliau turut menegaskan bahawa undang-undang tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya dan tindakannya hari ini juga disifatkannya sebagai salah satu hak untuk bersuara.

Muhyiddin turut menegaskan bahawa beliau bersedia dikenakan tindakan tatatertib oleh UMNO dan beliau yakin tindakannya itu tidak menyalahi undang-undang.

Beliau menyatakan bahawa kehadirannya hari ini adalah untuk memberikan sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ujarnya ahli-ahli UMNO takut untuk ke depan untuk bersuara dan kini sudah tiba masanya untuk semua berani ke depan demi masa depan rakyat.

Muhyiddin turut menyatakan masih menggunakan pendekatan tunggu dan lihat berikutan janji Najib untuk menyelesaikan isu 1MDB.

Sementara itu bagi Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Shafie Apdal turut menyatakan kehadirannya adalah untuk memberi sokongan kepada Tun Mahathir Mohamada dan demi rakyat.

Beliau turut menegaskan supaya undang-undang tidak digunakan untuk menghukum rakyat kerana rakyat juga mempunyai hak dan bebas untuk bersuara.

Tambahnya lagi, secara peribadi, beliau bersetuju dengan tindakan yang dilakukan Mahathir iaitu berkaitan undi tidak percaya trhadap Najib.

Bagi Tengku Razaleigh Hamzah turut menyatakan bahawa sememangnya Speaker mempunyai hak untuk menolak usul undi tidak percaya tersebut.

Namun, beliau turut percaya akan terdapat cara lain untuk dilakukan tentang perkara tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");