Isu Panas

Sosma: Kenapa Dr Mahathir tak kena?

SHAH ALAM – Bekas timbalan menteri, Datuk Saifuddin Abdullah mendakwa pihak berkuasa menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) secara pilih kasih.

Saifuddin mempersoalkan mengapa akta itu tidak digunakan ke atas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Adakah mereka takut untuk menangkap Dr Mahathir? Sebab itu saya kata kalau berani tangkaplah Dr Mahathir sekali. Saya tak mencadangkan tangkap Dr Mahathir,” kata Saifuddin kepada wartawan hari ini.

Memetik laporan The Malaysia Insider, Saifuddin yang juga pengerusi Akademi Belia itu berkata, Sosma tidak sepatutnya disalahgunakan untuk menangkap individu merujuk kes bekas pemimpin Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");