Perak Hari Ini

Steamboat, Pakej Perkahwinan Tarikan Baharu di Bukit Merah Resort

BUKIT MERAH: Bukit Merah Laketown Resort (BMLR) mempunyai dua tarikan terbaharu yang dijangka dapat menarik lebih ramai pelancong ke pusat peranginan tersebut setiap minggu, terutamanya menjelang cuti persekolahan tidak lama lagi.

Salah satu tarikan baharu tersebut ialah set makanan steamboat di Le Lac Cafe, yang dibuka di sini.

Screenshot_2015-10-22-20-46-50_1

Pemangku Pengurus Resort, Mustafa Abu Bakar berkata, bagi hidangan terbaharu di Le Lac Cafe itu, ianya dihidangkan di ‘Steamboat Terrace’ di tepi tasik.

“Keistimewaan steamboat di BMLR adalah kesegaran bahan-bahan serta dua sos istimewanya iaitu sos cili merah dan sos hijau Thai yang dibuat segar setiap hari.

“Bahan-bahan steamboat yang dihidangkan termasuk makanan laut, bebola ikan, mee dan sayur-sayuran. Pilihan sup rebusan ikan atau sup tom yam yang tidak pedas sesuai dinikmati seisi keluarga,” katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

PERAK TODAY 4-1

Tambahnya lagi, Steamboat Terrace dibuka setiap hari bermula daripada jam 6.30 petang hingga 9.30 malam.

“Set hidangan steamboat BMLR hanyalah RM28 bagi dewasa dan RM20 untuk kanak-kanak. Set steamboat ini dihidangkan minimum untuk dua orang.

Pengunjung boleh menghubungi talian 05 890 8888 (sambungan 6056) untuk tempahan awal.

Sementara itu, satu lagi tarikan terbaharu di BMLR adalah pakej perkahwinan.

Katanya, resort tersebut mempunyai kemudahan dewan yang luas dan mampu memuatkan sehingga 600 orang pada satu-satu masa lengkap dengan penghawa dingin.

“Jika ada yang lebih menggemari kenduri berkonsepkan ‘outdoor’, majlis perkahwinan boleh diadakan di foyer dewan berhadapan dengan pemandangan indah Tasik Bukit Merah.

Screenshot_2015-10-22-21-14-32_1

“Apa yang membuatkan pakej perkahwinan di BMR lebih menarik adalah ianya termasuk penginapan dua hari satu malam di Kampung Air, iaitu penginapan paling eksklusif di resort kami,” katanya.

Tambahnya, Seri Teratai Suite bagi pasangan pengantin akan dihiasi indah selain daripada satu ‘buggy’ pengantin akan dihias bagi membawa pengantin dari hotel ke dewan.

Mengulas lanjut, pakej perkahwinan itu juga termasuk hiasan meja pengantin, meja VIP (maksimum empat meja), kek, sistem bunyian, meja pendaftaran serta lokasi fotografi pra-perkahwinan.

Screenshot_2015-10-22-21-14-24_1

“Bagi sahabat dan ahli keluarga pasangan pengantin, BMR turut menyediakan harga istimewa untuk bilik penginapan dan tiket taman tema serta diskaun 50 peratus bagi ‘food tasting’ selepas pengesahan tempahan bagi 10 orang.

Orang ramai yang ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai pakej perkahwinan ini boleh menghubungi 05 890 8888 atau email kepada [email protected].

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");