Sukan Hari Ini

Steinbruckner ‘tabik’ pemain

Kuala Terengganu: Kejayaan barisan pemain T-Team mencalar ego FELDA United mendapat pujian daripada pengendalinya Tomislav Steinbruckner yang menyifatkan anak buahnya mempunyai semangat juang tinggi serta semakin yakin.

Jurulatih dari Croatia itu gembira dengan peningkatan ditunjukkan anak buahnya yang mencipta kejutan dalam dua perlawanan berturut-turut.

Beliau mengakui pemain The Titans kini berada di landasan terbaik untuk memburu tempat ke suku akhir saingan Piala Malaysia sesudah berjaya melebur rekod tanpa kalah FELDA United.

“Kami gembira dengan persembahan bertenaga dan aksi meyakinkan semua pemain The Titans yang berjaya menyaingi kekuatan lawan serta mengurangkan perasaan terlalu hormat dan rendah diri kepada lawan hingga berjaya mengutip tiga mata di laman sendiri.

“Kemenangan ini amat penting buat kami untuk berada dalam kelompok dua pasukan terbaik kumpulan untuk mencerahkan peluang ke suku akhir,” katanya.

Pada aksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam kelmarin, pasukan itu berjaya membalas dendam kekalahan 0-3 pada pusingan pertama selepas menang 2-1.

The Titans yang mengumpul enam mata daripada empat perlawanan kini menghuni tangga kedua Kumpulan C di belakang pendahulu Selangor.

Mereka memperoleh gol menerusi Sadriddin Abdullaev pada minit ketiga dan Tomislav Busic menerusi sepakan penalti pada minit ke-61 selepas Busic dijatuhkan penjaga gol FELDA United, Farizal Harun.

FELDA United pula memperoleh gol tunggal hasil sepakan percuma Zah Rahan Krangar pada minit ke-38.

Sementara itu, permata baru The Titans Muhammad Zulhanizam Shafine mengakui dia gagal bergerak bebas selepas dirantai pemain pertahanan lawan.

“Saya berhasrat untuk membantu pasukan menjaringkan gol seperti meledak dua jaringan ketika bertemu Kelantan, namun pergerakan saya dikawal ketat pertahanan lawan,” kata pemain berusia 21 tahun itu.

– Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");