Jenayah

Suami isteri ditahan terlibat edar dadah

KUANTAN: Polis berjaya menumpaskan satu kegiatan pengedaran dadah susulan penahanan sepasang suani isteri bersama sejumlah dadah pil kuda dan syabu bernilai RM65,000 di sini.

Susulan penahanan suspek berusia 26 dan 29 tahun berasal dari Kelantan dan terengganu itu, polis turut merampas tujuh kenderaan termasuk empat kereta, tiga motosikal dan batang kemas dengan nilai rampasan dianggarkan hampir RM400,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri,Superintendan Amran Ramli berkata, suspek dipercayai terlibat dalam kegiatan itu sejak setahun lalu dengan menjadikan penagih di sekitar Kuantan sebagai sasaran.

Menurutnya, tangkapan pertama melibatkan suspek lelaki di hadapan pejabat MPK Jalan Kemunting di sini kira-kira 1.40 tengahari 13 Oktober lalu.

“Ketika ditahan lelaki tersebut cuba melarikan diri bagaimanapun dia berjaya diberkas selepas berlaku pergelutan.

“Hasil pemeriksaan lanjut polis menemui 600 biji pil dadah dipercayai pil kuda dalam beg sandang suspek,”katanya.

Amran berkata, susulan tangkapan itu, polis menyerbu rumah suspek di perkampungan pandan jaya dan menahan wanita berusia 29 tahun.

“Hasil pemeriksaan polis menemui 121.02 gram syabu, wang tunai RM1,000, sejumlah barang kemas dan empat kereta termasuk dua kereta mewah daripada kedua-dua suspek,” katanya.

Beliau berkata,kes disaiasat mengikut seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");