Panasnya Hari Ini

Surat Tunjuk Sebab Tidak Beri Kesan, Saifuddin Akan Terus Hadir Ke Program Pembangkang

KUALA LUMPUR: Walaupun telah menerima surat tunjuk sebab daripada UMNO, bekas Timbalan Menteri Datuk Saifuddin Abdullah menyatakan beliau akan tetap hadir ke program pembangkang pada masa akan datang.

Menurut laporan The Malaysian Insider, beliau menyatakan tindakannya menyertai program pembangkang sudah menjadi kebiasaan dan menganggap perkara itu tidak menyalahi undang-undang.

“Saya lakukan ini (hadir ke program pembangkang) sepanjang hidup saya,” ujarnya memetik laporan The Malaysian Insider.

Beliau yang juga Ketua pegawai eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) menganggap perkara itu adalah perkara biasa dan akan terus setia bersama UMNO.

“Bukan saya seorang saja menerima surat tunjuk sebab. Jadi, saya rasa ia prosedur normal, tidak ada masalah. Saya masih lagi ahli UMNO,” katanya.

Kenyataan itu dibuat kepada media dalam forum mempertahankan Maruah Melayu yang dianjurkan Gabungan Merdeka Rakyat dimana forum ini menampilkan pakar sejarah Profesor Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Chua Tian Chang.

Terdahulu, tindakan Saifuddin menghadiri rundingan meja bulat yang membincangkan menubuhkan gabungan pakatan pembangkang baharu pada 22 September lalu mendapat respon negatif daripada Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Mansor yang menganggap beliau telah ‘mencemar’ imej UMNO.

Tengku Adnan juga menyatakan telah menghantar surat tunjuk sebab kepada Saifuddin dan memberikan masa selama 14 hari untuk beliau menjawabnya.

Gabungan pakatan baharu itu dikenali sebagai Pakatan Harapan yang dianggotai PKR, DAP, dan Parti Amanah Negara dan rundingan untuk menubuhkannya turut dihadiri beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Saifuddin sebelum ini berkata tindakan beliau menyertai perbincangan itu adalah sebagai ahli NGO dan ahli masyarakat sivil.

Beliau sekarang ini tidak memegang apa-apa jawatan dan merupakan ahli biasa selepas gagal mempertahankan jawatannya pada Pilihanraya Umum lalu.

Saifuddin juga merupakan seorang yang lantang mengkritik dasar kerajaan dan dianggap sebagai seorang ahli UMNO yang progresif.

Walaupun begitu, beliau tetap setia dengan UMNO dan enggan meninggalkan parti itu.

Foto- The Malaysian Insider

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");