Sukan Hari Ini

Tekad lakar sejarah

SEBAGAI pendatang baharu saingan Liga Wanita TNB-MHC 2015, keupayaan Pusat Kecemerlangan Sukan Kementerian Pendidikan (PKS-KPM) tidak boleh dipandang rendah apabila pasukan bimbingan Izzwan Mohamed Salleh itu muncul juara Kumpulan B.

Kini, mereka sekali lagi mencuri tumpuan apabila melangkah ke perlawanan akhir Liga Wanita TNB-MHC 2015 selepas selepas membenam Penang Juniors 8-0.

Mawaddah Abu Bakar, Fatin Naimah Zaki, Rabiatul Adawiyah Mohamed, Nor Aini Tajuddin, Noor Hasliza Mohd Ali dan Nuraini Abdul Rashid adalah nama yang menjadi pemusnah kepada impian Penang Juniors untuk melangkah ke pentas final.

“Kami bermain sama seperti aksi di peringkat kumpulan dan saya ucapkan tahniah kepada pemain di atas kejayaan ini,” kata Izzwan.

Lawan PKS-KPM di pentas final adalah penyandang juara, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) Thunderbolts.

Mengikut jadual, final Liga Wanita TNB-MHC 2015 sepatutnya berlangsung Sabtu lalu di Stadium Hoki Bukit Jalil.

Namun perlawanan terpaksa ditangguhkan berikutan keadaan jerebu yang teruk.

Waspada ancaman Thunderbolts

BAGI Izzwan, lawan mereka di pentas final bukan mudah kerana SSTMI Thunderbolts juga mencipta kejutan apabila menyingkirkan pasukan pilihan ATM-Pernama.

“Saya terkejut kerana ATM-Pernama yang memiliki enam pemain kebangsaan tewas di peringkat separuh akhir.

“Nampaknya, kami tidak boleh memandang mudah aksi final menentang SSTMI Thunderbolts,” katanya.

Bagaimanapun menurut Izzwan, dia tetap berkeyakinan pasukannya mampu mempamerkan aksi terbaik dalam aksi final.

Latihan dalam dewan

MENURUT Izzwan, penangguhan aksi final akibat jerebu yang teruk sedikit sebanyak merencatkan semangat pemainnya.

Ini kerana menurut Izzwan, pemainnya sudah melakukan persiapan rapi untuk berdepan SSTMI Thunderbolts.

“Saya akui, jerebu ini memberi kesulitan buat kami semua terutamanya melibatkan aspek semangat dan persediaan.

“Kami juga masih tidak tahu bila tarikh sebenar final akan berlangsung,” katanya.

Izzwan berkata, pada ketika ini mereka tetap meneruskan sesi latihan bagi mengekalkan momentum pasukan.

“Kami berlatih dalam dewan sebagai alternatif. Latihan amat perlu supaya kami sentiasa bersedia untuk aksi final,” katanya.

– Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");