Sukan Hari Ini

Teknologi sama seperti Amsterdam Arena

SEBANYAK 80 kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di Stadium Shah Alam bagi membantu pihak berkuasa memantau pergerakan penonton, akan memulakan operasinya menjelang kejohanan Piala Sultan Selangor, esok.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata, CCTV dan papan mata juga sudah diuji untuk memancarkan apa sahaja yang dirakam dari pelbagai sudut.

Menurutnya, CCTV yang dipasang menggunakan teknologi sama dengan Amsterdam Arena stadium milik Ajax Amsterdam.

“CCTV ini dibuat di Holand tetapi badannya dibuat di Taiwan. Pemasangannya sama seperti dilakukan Amsterdam Arena,” katanya pada sidang media Seminar Pengurusan Tandas Berkualiti Bagi Kontraktor Pembersihan Bangunan dan Harta Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA), semalam.

Beliau berkata, MBSA bekerjasama dengan polis untuk mendapat sudut terbaik bagi memantau pergerakan penonton dalam memperkasakan fungsi CCTV yang dipasang.

“CCTV ini sudah diuji ketika perlawanan Selangor menentang T-Team Sabtu lalu, kita halakan ke semua sudut termasuk pintu utama, bahagian belakang dan tepi kedua-dua papan mata.

“Kita masih lagi berbincang dengan polis untuk melihat sudut mana yang sesuai diberi keutamaan sewaktu kejohanan berlangsung nanti,” katanya.

Dalam pada masa sama Ahmad Zaharin berkata, penambahbaikan akan dilakukan selepas Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan beberapa pihak lain melihat keberkesanan fungsinya.

“Selepas digunakan nanti, baru kita tengok apa komen daripada Tuanku Sultan dan pihak lain terlibat.

“Kalau perlu penambahbaikan kita akan ke luar negara untuk mendapatkan pandangan daripada Amsterdam Arena sendiri,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");