Membawang Hari Ini

Tertekan sikap peminat

Memang benar artis itu milik masyarakat. Namun mereka juga ada kehidupan peribadi yang wajar dihormati.

Dalam erti kata lain, golongan artis dan selebriti juga perlu ruang untuk menjalani kehidupan normal seperti orang lain.

Demikian situasi membabitkan bekas pemenang tempat ketiga Akademi Fantasia 2014, Ewal, 23, yang mengakui rimas dan tertekan dengan sikap segelintir peminat yang keterlaluan mencampuri urusan peribadinya.

Menurut Ewal, hanya disebabkan hubungannya dengan seorang gadis bernama Tira Hanis, 17, dia menerima komen negatif menyakitkan hati di laman Instagram miliknya.

“Saya memang rapat dengan Tira. Saya sering membuat panggilan video kepadanya dan sengaja memuat naik sekeping gambar dengan tulisan “Thanks for tonight.”

“Tujuannya hanya untuk bergurau, tapi malangnya ada segelintir peminat tak puas hati dan sanggup mewujudkan akaun Instagram palsu semata-mata untuk meletakkan komen negatif terhadap saya.

“Saya pula malas nak jadikan kontroversi ini berpanjangan dan bertindak memadam gambar ini. Bagaimanapun mereka tak puas hati dan membuat dakwaan kononnya saya lupa diri dan tak boleh dikritik,” katanya yang pernah bercinta dengan Chacha Maembong sebelun ini.

Menurut Ewal, dia masih seperti dulu dan bukan seorang tidak boleh menerima teguran. Namun, cara peminat terbabit agak keterlaluan dan sukar untuk diterima.

“Memang pelik kerana mereka seperti nak mengongkong kehidupan dan masa depan saya. Saya seperti dinafikan hak untuk berkawan dan buat apa saja.

“Bagi saya, kehidupan peribadi hak sendiri dan orang luar tak perlu masuk campur. Selagi tak buat salah, saya bebas berkawan dengan sesiapa saja.

“Saya pernah jumpa Tira dan keluarganya. Mereka layan saya dengan baik kerana kami bukan buat benda tak elok. Tak dinafikan saya sukar terima cara peminat begini.

“Macam-macam ayat dikeluarkan termasuk ugutan untuk tidak menyokong karier saya lagi. Malah, mereka turut buat cerita palsu yang dihantar kepada media untuk menjatuhkan saya.

“Ini memaksa saya menjelaskan perkara sebenar. Saya tak kisah jika peminat begini tak menyokong saya lagi. Karier saya tetap berjalan lancar kerana saya tak buat perkara negatif.

“Sekarang saya enggan lagi melayan perkara remeh-temeh ini. Biarlah saya fokus dengan karier,” katanya.

Bimbang kesihatan bapa

Selepas single Kembalikan Semula ciptaan DJ Fuzz dan Adeep Nahar, Ewal bakal tampil dengan single kedua berjudul Seluruh Hidup hasil ciptaannya sendiri.

“Konsep lagu ini masih lagi pop balada yang mudah diterima peminat. Perancangan Astro Talent yang menetapkan konsep begini ternyata menjadi.

“Lagu Kembalikan Semula diterima baik dan berada selama lapan bulan dalam carta ERA dan pernah menjuarai Carta Suria Tiga Puluh Suria FM selama empat minggu,” katanya.
Dalam pada itu, Ewal bimbangkan kesihatan bapanya Ismail Zainuddin atau Mel yang menghidap strok dan serangan jantung.

Selain itu, bapa tirinya Rusman baru saja menjalani pembedahan selepas mengalami pendarahan dalaman bahagian tekak hingga usus.

“Kedua-duanya mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh dan kini saya kena bahagikan masa sebaik mungkin untuk mereka.

“Tak dinafikan ia sedikit sebanyak menganggu fokus saya pada nyanyian. Ditambah lagi dengan gosip tak berasas yang dilemparkan kepada saya menjadikan saya agak tertekan,” katanya.

– Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");