Membawang Hari Ini

The Lomas Kecewa ‘Rindu’ Tidak Dimainkan Radio

PETALING JAYA: Kumpulan The Lomas kecewa apabila lagu single kedua mereka berjudul Rindu yang dilancarkan pada awal tahun kurang dimainkan di radio-radio tempatan.

Salah seorang anggotanya, Amira Othman berkata, perancangan untuk pembikinan video klip juga terpaksa ditangguhkan disebabkan perkara itu, walaupun lirik video yang dimuat naik pada Februari lalu sudah ditonton lebih 300,000 kali.

“Single Rindu sudah beberapa bulan dikeluarkan, namun peliknya hingga sekarang tidak dimainkan di radio-radio tempatan.

“Kami pun tidak tahu dimana silapnya kerana lagu tersebut konsepnya sama sahaja seperti Bila Larut Malam. Kalau dilihat jumlah tontonan di lirik video lagu Rindu sudah pun ditonton 300,000 kali,” ujarnya kepada mStar Online.

Amira berkata demikian ketika diminta mengulas tentang perkembangan kumpulan The Lomas selepas popular dengan lagu Bila Larut Malam.

The Lomas dianggotai oleh bekas pelajar Akademi Fantasia 2013 iaitu Indah Ruhaila, Aisyah Aziz, Amira Othman, dan Nabila.

Dalam pada itu, Amira berkata, perkara tersebut membuatkan mereka agak tertekan apabila ditanya oleh peminat-peminat yang mahu mendengar lagu tersebut di radio.

“Ramai juga peminat yang minta lagu tersebut di radio-radio, tapi tidak diendahkan. Mereka pula bertanya kepada kita kenapa lagu tersebut tidak dimainkan yang mana kami pun tiada jawapannya,

“Ia adalah diluar bidang kuasa kami, mungkin tiada rezeki kami kali ini,” ujarnya.

Bagaimanapun, Amira berkata, mereka tidak berputus asa dan akan terus cuba promosikan lagu tersebut dengan cara lain.

Lagu Rindu merupakan ciptaan sepenuhnya oleh Azlan & The Type Writer.

Dalam perkembangan lain, Amira berkata, The Lomas bakal membuat showcase di Kafe Guzzi dekat sini pada 14 November depan.

Persembahan tersebut turut melibatkan bekas pelajar Akademi Fantasi 2013 lain iaitu Azheal dan Faizul Sany.

“Insya-Allah kami akan mengadakan showcase yang dianjurkan oleh kelab peminat kami pada November ini. Ia juga mendapat tajaan daripada seorang datuk yang merupakan peminat The Lomas.

“Showcase tersebut juga bakal menampilkan penyanyi Azheal dan Faizul Sany,” ujarnya.

– mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");