Panasnya Hari Ini

Tiada Demonstrasi Desak PM Letak Jawatan Sejak 1998- TPM

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan bahawa sejak 1998 tiada demonstrasi khusus dianjurkan untuk menuntut Perdana Menteri supaya meletak jawatan.

Memetik sumber Freemalaysiatoday hari ini, beliau yang juga Menteri Dalam Negeri, menyatakan kenyataan tersebut semasa menjawab pertanyaan lisan Ahli Parlimen Bachok (Pas), Tuan Ahmad Marzuk Shaary di Sidang Dewan Rakyat hari ini.

“Mengikut rekod polis, tiada demonstrasi-demonstrasi yang diadakan dalam negara sejak tahun 1998 yang menuntut secara khusus Perdana Menteri meletakkan jawatan,” katanya.

Terdahulu, beliau diminta memberi penerangan mengenai jumlah bilangan demonstrasi yang dilakukan bagi menuntut Perdana Menteri meletakkan jawatan sejak tahun 1998.

Tuan Ahmad Marzuk juga turut meminta penerangan mengenai jumlah kehadiran peserta, jumlah kerahan anggota Polis Simpanan Persekutuan (FRU), polis biasa, cawangan khas, kos operasi polis dan lokasi yang berkumpul pada setiap demonstrasi berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");