Membawang Hari Ini

Tiada tanda suami Khloe Kardashian akan pulih

LAS VEGAS: Pemain bola keranjang, Lamar Odom tiada menunjukkan sebarang reaksi positif selepas tidak sedarkan diri sejak Selasa lalu.

Suami kepada selebriti popular, Khloe Kardashian itu mengalami kerosakan pada empat organ utama termasuk buah pinggang.

Menurut sumber rapat, doktor gusar dengan keadaan Lamar yang tidak sedarkan diri untuk tempoh lama dan kegagalan organ utama dari terus berfungsi.

Walaupun mengambil kata putus untuk berpisah, namun proses perceraian belum menemui titik noktah menjadikan Khloe bertanggungjawab untuk membuat keputusan bagi setiap rawatan kepada suaminya.

Lamar ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat pengambilan dadah secara berbahaya.

Beliau dikatakan mencampur adukkan beberapa jenis dadah hingga menyebabkan kerosakan pada organ dalamannya.

Peminat di laman sosial Instagram rata-rata mendoakan agar Lamar kembali pulih seperti sedia kala.

Selain komen positif, ada juga yang menyalahkan beliau kerana membuat tindakan kurang bijak itu.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/89375

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");