Panasnya Hari Ini

Tidak Wajar Label Tun M Pengkhianat Parti- Hishamudin

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak wajar dilabelkan sebagai pengkhianat meskipun pelbagai kritikan yang telah beliau lemparkan kepada parti UMNO.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien menegaskan perkara itu dan menyatakan kritikan Dr Mahathir adalah perkara biasa.

“Kalau dari segi parti tidak ada (pengkhianatan). Juga tuduhan Mahathir juga bukan suatu perkara baru,” katanya memetik laporan Free Malaysia Today.

Beliau bagaimanapun tidak menafikan tindakan Dr Mahathir itu boleh membawa kepada perpecahan dalam parti.

Menurut beliau, kritikan Dr Mahathir tidak perlu diteruskan dan pihak-pihak yang dikritik tidak perlu melayan kritikan itu.

“Ini kerana ia boleh memecah belahkan kita. Lebih-lebih lagi dalam parti. Kalau tanya dia memburukkan keadaan di parti, setakat ini saya rasa tidak,” ujarnya.

Beliau juga menyatakan kritikan Dr Mahathir tidak memberi sebarang kesan kepada parti UMNO dan tidak ada sebarang perpecahan antara ahli berlaku setakat ini.

Walau bagaimanapun, beliau menyatakan terpulang kepada parti sama ada mahu mengenakan tindakan tatatertib kepada Dr Mahathir atau tidak.

Foto- Free Malaysia Today

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");