Jenayah

Tiga maut rempuh pokok

LEDANG: Tiga maut manakala seorang lagi parah apabila kereta dinaiki terbabas sebelum merempuh sebatang pokok di Kilometer 18.5 Jalan Sungai Mati- Bukit Gambir dekat Kampung Serom 6 di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 5.20 pagi itu, mereka yang maut ialah Hamdan Salleh, 50, Fazilah Rashid, 33, dan Mohd Danish Aiman Dolmat, 5, akibat tersepit dalam kereta Honda Accord.

Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Mohd Salleh Abd Razak berkata, mangsa yang parah ialah Mohd Haikal Mesbah, 10, adik tiri Fazilah dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar.

Menurutnya, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dipandu Hamdan dari arah Sungai Mati menghala ke Bukit Gambir hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan terbabas sebelum merempuh sebatang pokok di tepi kanan jalan.

“Rempuhan kuat menyebabkan kenderaan itu remuk teruk di bahagian hadapan mengakibatkan Hamdan, Fazilah (penumpang sebelah kiri pemandu) dan Mohd Danish Aiman (penumpang belakang) meninggal dunia di tempat kejadian kerana kecederaan parah di kepala dan tersepit di tempat duduk masing-masing.

“Semua mangsa berasal dari Felda Batu 27 Lenga, Muar dan dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah mereka,” katanya.

Beliau berkata, Hamdan rakan kepada Fazilah manakala Mohd Danish Aiman anak Fazilah.

Katanya, mayat semua mangsa dihantar ke Hospital Tangkak untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga dan kes berkenaan disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Izwan Mohamed berkata, sembilan anggota dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan jam 5.26 pagi.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");