Isu Panas

Tindakan Saifuddin sertai PKR tidak beri kesan kepada UMNO – Tengku Adnan

PUTRAJAYA: Tindakan Datuk Saifuddin Abdullah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak memberi kesan kepada UMNO, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Katanya bekas anggota Majlis Tertinggi UMNO itu telah diberi peluang menjadi calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 bagi kerusi Parlimen Temerloh namun gagal mempertahankannya.

“Saifuddin telah bersama kita dan pernah menjadi anggota Parlimen bagi Temerloh. Kita letakkan beliau di sana pada PRU lepas dan dia kalah.

“Sudah pasti dia ada masalah. Bahkan rakyat tidak mahu beliau, mereka (PKR) boleh ambil dia,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat Majlis Sumber Air Negara ke-10 di Perdana Putra, di sini pada Khamis.

Penyertaan Saifuddin yang juga bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi ke dalam PKR diumumkan Presiden parti itu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");