Panasnya Hari Ini

Tolong Teruskan Perubahan Dari Dalam – Saifuddin

KUALA LUMPUR: Bekas ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah menegaskan walaupun beliau gagal membuat sebarang perubahan dalam parti tersebut, tetapi UMNO masih berupaya untuk diselamatkan.

Katanya, perubahan itu dapat dilaksanakan walaupun beliau sudah menyertai Parti Keadilan Rakyat.

“UMNO sebagai sebuah parti bukan satu isu, masih ada ahli yang bagus dalam UMNO. Masalahnya ialah kepimpinan.

“Saya memilih untuk keluar tetapi ia tidak bermakna parti itu tidak boleh berubah. Tolong teruskan perubahan dari dalam,”katanya dalam satu temubual yang diadakan dengan portal berita, The Malaysian Insider.

Sementara itu, beliau turut mengulas tentang beberapa ahli UMNO cuba membuat perubahan dalam UMNO, tetapi gagal.

Antara nama yang disebut beliau ialah bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas menteri undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim.

“Sekarang saya tidak tahu siapa yang akan melakukannya. Dulu kita sebut nama-nama seperti Khairy Jamaluddin, Rahman Dahlan dan Nur Jazlan.

“Sekarang saya tidak pasti sama ada masih ada golongan sederhana yang tinggal, dengan yang tiga orang ini pun, saya tak pasti,”ujarnya.

Saifuddin turut mengakui bahawa beliau tidak mendapat sokongan yang diperlukan daripada parti tersebut.

Katanya lagi, ada antara segelintir individu yang bersuara sederhana dalam parti orang Melayu itu, dan kelihatan serta dirasakan ‘sungguh sepi’.

“Perkataannya ialah sepi. Sungguh sepi,”katanya.

Beliau turut memberi contoh sewaktu beliau masih menjadi ahli parti tersebut dimana beliau menyokong idea Gerakan supaya Barisan Nasional (BN) menjadi sebuah parti tunggal.

Tegasnya, beliau mengetengahkan perkara tersebut dalam Mesyuarat Tertinggi parti dan turut menulis mengenai perkara tersebut dan dihantar kepada pengerusi parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Walaupun tidak menerima jawapan ‘tidak’, saya tidak melihat ia terjadi,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");