Panasnya Hari Ini

Tony Pua ‘Ahli Parlimen Celaka’- Jamal

KUALA LUMPUR: Tindakan Tony Pua yang sering kali mengkritik dan melemparkan tuduhan tidak berasas mengenai isu 1MDB membuatkan Datuk jamal Yunos memanggilnya sebagai ‘Ahli Parlimen Celaka’.

Tindakan Ahli Parlimen DAP dari Petaling Utara yang bertindak mencabar 1MDB untuk berdebat membuatkan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu kelihatan ‘panas hati’ terhadapnya.

Menurut laporan Free Malaysia Today, selain Arul Kanda, Jamal menyatakan beliau sanggup untuk berdebat dengan Tony Pua berkenaan isu 1MDB.

“Bukan sahaja Arul Kanda berani menyahut cabaran Tony Pua, saya sebagai ketua UMNO juga sanggup berdebat dengannya berkenaan isu 1MDB.
“Jika dia benar-benar anak jantan, mari kita bersemuka, Jangan hanya tahu buat tuduhan dan menipu rakyat.

“Saya anggap Tony Pua sebagai Ahli Parlimen celaka,” katanya.

Kenyataan itu dibuat selepas Tony Pua bertindak untuk mencabar Arul Kanda berdebat dalam program bual bicara yang akan disiarkan secara langsung.

Namun begitu, Arul yang juga Presiden 1MDB itu mahu Tony Pua melepaskan jawatannya sebagai ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi mengelakkan pertembungan peribadi.

Dalam laporan lain oleh Sinar Harian, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Keruak menyatakan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bersedia untuk menyiarkan secara langsung perdebatan mengenai isu 1MDB ini.

Jika debat ini berjaya direalisasikan, ianya nyata mampu memberi gambaran baru kepada keterbukaan kementerian berkenaan dalam menghadapi isu-isu panas dalam negara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");