Panasnya Hari Ini

TPPA: Henti Sebar Perkara Tidak Benar -Wahid Omar

KUALA LUMPUR: Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar hari ini meminta agar pihak-pihak tertentu tidak menyebarkan perkara yang tidak benar mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Beliau berkata, sejak kebelakangan ini, ramai pihak yang membuat pelbagai kesimpulan tentang TPPA sehingga ada yang menuduh bahawa barisan menteri yang bertanggungjawab hendak ‘menjual’ negara.

“Ini satu tuduhan yang amat menghiris hati kami. Kita tiada agenda lain selain mahu yang terbaik untuk negara dan rakyatnya.

“Saya percaya Datuk Seri Mustapa Mohamed dan pasukan di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah berusaha dengan gigih mendapatkan ‘outcome’ (manfaat) yang boleh kita terima,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa, sudah menjadi lumrah apabila satu perjanjian itu dirundingkan, negara yang terlibat mahu yang terbaik untuk pihak mereka.

Tetapi katanya lagi, melalui proses rundingan dapat mencapai sesuatu persetujuan yang secara keseluruhannya mendatangkan manfaat bersama.

“TPPA yang telah dimuktamadkan di Atlanta pada 5 Oktober 2015 lalu telah banyak berubah dari kedudukan asal negara-negara seperti Amerika Syarikat.

“Ini termasuk pengiktirafan dasar inklusif Bumiputera, perolehan Kerajaan, Investor State Dispute Settlement, intellectual properties dan sebagainya,” jelasnya lagi.

Tambahnya, pihak PWC yang sedang menyediakan dokumen kajian kos dan manfaat telah dimaklumkan tentang kedudukan terma terkini dan akan menyiapkan laporan mereka tidak lama lagi.

“Semuanya akan dibentangkan di Parlimen untuk kelulusan. Elok kita tunggu fakta-fakta yang akan dikemukakan kelak,” tegasnya.

Beliau juga menasihati orang ramai agar  tidak mudah menyebarkan sesuatu yang diterima tanpa menentukan kesahihannya dan bertanya sama ada maklumat itu akan mendatangkan manfaat kepada penerimanya

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");