Sukan Hari Ini

Transisi dalam skuad senior

Kuala Lumpur: Perubahan besar sememangnya dituntut dalam skuad hoki negara bagi membolehkan mereka mencapai sasaran jangka panjang terutamanya untuk layak ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun.

Pengarah Teknikal Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) Terry Walsh yang menyokong tindakan drastik ketua jurulatih Stephen Van Huizen melakukan rombakan dalam skuad negara berkata, sememangnya sudah tiba masanya untuk satu transisi pemain berlaku dalam skuad senior.

“Bagi pemain yang sudah memberi sumbangan kepada negara sebelum ini sehingga mencapai ke penghujung karier, saya ucapkan tahniah kepada mereka kerana sudah menggalas tugas dengan baik.

“Kami menghargai segala penat lelah mereka termasuklah mengorbankan masa bersama skuad negara.

“Pada masa sama, kami sedar banyak bakat baru yang muncul. Di dalam satu pasukan, perlu ada sistem transisi.

“Bermakna ada pembabitan pemain muda dan pemain yang keluar masuk di dalam satu-satu pasukan,” katanya.

Baru-baru ini, Stephen mengumumkan senarai 35 pelatih skuad negara yang menyaksikan beberapa pembaharuan termasuklah memanggil beberapa muka baru.

Stephen juga tidak menyenaraikan beberapa pemain senior seperti penjaga gol Roslan Jamaluddin, bekas kapten Azlan Misron serta penyerang Tengku Ahmad Tajuddin Abd Rahim.

Roslan serta Azlan menyatakan kesediaan untuk bersara sementara Tengku berdepan masalah prestasi serta belum pulih daripada kecederaan.

– Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");