Panasnya Hari Ini

Tun Mahathir Seorang Rasis – Pemuda MIC

Foto:- The Malaysian Insider

KUALA LUMPUR: “Saya tak salahkan sesiapa, saya cuma salahkan Tun Mahathir. Saya baca buku ‘A Doctor In The House’. Saya tahu betapa rasisnya beliau,”kata Ketua Pemuda MIC, Sivaraajh Chandran ketika berucap di Persidangan Pemuda, Wanita, Putera dan Puteri MIC, hari ini.

Beliau berkata demikian kerana sewaktu era pentadbiran Mahathir selaku Perdana Menteri Malaysia, pelbagai polisi telah diubahsuai bagi memenuhi kehendak sesetengah pihak, memetik laporan The Malaysian Insider.

“Sejak Tun M mentadbir, dasar ekonomi baru diperkasakan beliau, pelbagai polisi diubahsuai, dicatatkan untuk memenuhi kehendak sesetengah kumpulan,”ujarnya.

Dalam ucapannya juga, beliau turut menasihati agar ahli parti itu tidak mengagungkan Mahathir kerana dakwanya bekas perdana menteri itu adalah punca kepada pelbagai krisis dalam Negara pada hari ini.

“Saya ‘admire’ (kagumi) beliau sebagai individu. Hari ini saya sangat sedih dengan perkembangan semasa yang berlaku di Negara kita.

“Semua yang kita hadapi hari ini adalah disebabkan Tun M. Saya harap janganlah mengagungkan Tun M. Beliau pemimpin baik, Cuma polisi beliau bermotifkan , berpaksikan kepada individu golongan tertentu sahaja,”katanya.

Dalam ucapannya juga, beliau turut memuji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang disifatkannya lebih prihatin dengan kesusahan masyarakat India di Negara ini.

“Saya ucapkan sangat berterima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia. Beliau merupakan perdana menteri yang prihatin tentang pembangunan dan kesusahan masyarakat India.

“Beliau sanggup melawan arus, bukan seperti pemimpin lain. Beliau melawan arus, sanggup membantu masyarakat India,”katanya.

Bagaimanapun, beliau berharap agar Najib dapat memberi lebih perhatian dan lebih prihatin supaya lebih banyak masalah kaum India dapat diselesaikan.

Katanya, masyarakat India di Negara ini akan sentiasa sokongan dan bersama-sama dengan Perdana Menteri.

“Kami selalu bersama beliau, perdana menteri, cuma lihatlah, dengarlah rintihan kami lebih kerap supaya banyak lagi yang boleh diselesaikan,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");