Panasnya Hari Ini

Undi Tidak Percaya Terhadap PM, PAS Ingin Berbincang

KUALA LUMPUR: PAS menegaskan bahawa hanya akan memberi sokongan berkenaan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak sekiranya ketua pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengadakan perbincangan mengenai usul tersebut.

Memetik sumber daripada Malaysiakini, penegasan itu dilontarkan oleh Setiausaha agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan hari ini.

Ujarnya lagi, selaku pakatan pembangkang, PAS sentiasa akan turut serita bagi memperhalusi usul itu secara bersama-sama.

Tambah Takiyuddin parti itu terbuka untuk berbincang mengenainya dan diharapkan ianya diperhalusi secara terperinci terlebih dahulu.

“PAS terbuka untuk berbincang, namun terlalu awal untuk menyokongnya kerana kita mahu tengok dahulu usul tersebut. Apakah sekadar mahu PM letak jawatan.

“Bagi PAS kita lebih suka ketua pembangkang mengadakan perbincangan mengenai usul tersebut.

“Kita kena bincang sampai habis, siapa akan ganti perdana menteri? Adakah saya,” katanya kepada Malaysiakini dalam nada bergurau.

Terdahulu, PKR menerusi Presidennya, Wan Azizah Wan Ismail ,dijangka akan membentangkan usul tidak percaya terhadap perdana Menteri dalam sesi Parlimen yang akan datang pada 19 Oktober depan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");