Sukan Hari Ini

Untukmu Malaysia

Petaling Jaya: Jurulatih sementara negara Datuk Ong Kim Swee tetap akan menunaikan amanah yang diberikan kepadanya walaupun dihimpit keresahan berhubung masa depan yang tidak menentu.

Kontrak pengendali Bawah 23 Tahun (B-23) itu akan tamat hujung tahun ini dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sudah bertindak mengiklankan jawatan berkenaan bagi Sukan SEA 2017 serta jawatan ketua jurulatih negara di media massa.

Ramai beranggapan Kim Swee layak untuk terus menggalas tugas bersama Harimau Malaya namun FAM masih belum membuat sebarang keputusan.
“Sudah tentu saya sedikit terkilan (situasi semasa) namun apabila diberikan amanah, saya akan melaksanakannya.

“Hari ini (semalam) saya bermula (sesi latihan skuad negara) dan mengetepikan semua masalah. Biar saya fokus dua perlawanan penting menentang Laos dan Timor Leste terlebih dulu kerana ia akan menentukan ranking kita pada bulan depan,” katanya.

Kecuali pemain Johor DT dan Perak, seramai 15 pemain melaporkan diri semalam bagi aksi persahabatan menentang Laos di Bangkok disusuli kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Dili menentang Timor Leste.

“Sudah pasti corak permainan berbeza akan ditampilkan. Ketika menentang Arab Saudi, kita banyak bertahan namun sebaliknya kali ini.
“Namun bukan menyerang habis-habisan, perlu seimbang dalam aspek menyerang dan bertahan,” jelasnya.

Kemenangan dalam aksi menentang Laos Khamis ini dan Timor Leste Selasa depan penting untuk membaiki ranking negara yang kini menghuni tangga 171 dunia.

– Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");