Berita Hari Ini

Usaha tangani pemerdagangan orang, keganasan

WASHINGTON – AMERIKA SYARIKAT. Kunjungan Timbalan Perdana Menteri, Datuk? Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di sini bermula Rabu, tidak sekadar misi mendapatkan? pengecualian visa bagi rakyat Malaysia melawat Amerika Syarikat (AS) tetapi juga? penting untuk memperbaiki status negara dalam isu menangani pemerdagangan orang serta kerjasama memerangi keganasan.

Sebaik Ahmad Zahid menandatangani Arahan Presiden Keselamatan Negara No 6 (HSPD-6), proses terakhir ialah satu lagi perjanjian yang akan ditandatangani semasa lawatan Presiden Barack Obama ke Kuala Lumpur pada bulan depan.

“Sesudah itu, proses pengecualian visa Amerika (bagi lawatan 90 hari) dijangka dapat diselesaikan awal tahun depan,” kata Duta Malaysia di Amerika Syarikat Datuk Dr Awang Adek Husin.

Awang Adek berkata ini merupakan lawatan ketiga Ahmad Zahid, yang dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 28 Julai lepas, dalam tempoh setahun ke pusat pentadbiran Amerika, untuk mengukuhkan kerjasama peringkat pegawai antara Kuala Lumpur dan Washington.

Semasa lawatan Oktober tahun lepas dan April tahun ini, Ahmad Zahid yang merupakan Menteri Dalam Negeri, antaranya bertemu Setiausaha Keselamatan Negara Amerika Jeh Johnson selain mengetuai perbincangan pegawai kanan dengan Central Intelligence Agency (CIA)dan Federal Bureau of Investigation (FBI).

Pada lawatan kali ini, Ahmad Zahid dijadual menyertai jamuan malam bersama beberapa pegawai kanan kerajaan Amerika terutama golongan pemikir yang mengendalikan hal ehwal Malaysia seperti penolong setiausaha negara dan penolong setiausaha pertahanan Amerika.

Pertemuan seperti itu penting bagi melicinkan urusan dua hala dan menyelesaikan isu berbangkit melibatkan kedua-dua negara, kata Awang Adek.

Satu lagi perkara penting bagi Ahmad Zahid, ialah memperbaiki status Tahap 3 kepada Tahap 2 Malaysia dalam menangani isu pemerdagangan orang.

Ini berikutan laporan tahunan Jabatan Negara Amerika mengenai pemerdagangan orang bagi tahun 2014 yang dikeluarkan pada 20 Jun lalu meletakkan Malaysia di Tahap 3 berbanding Senarai Pemerhatian Tahap 2 sebelum ini.

Awang Adek berkata Timbalan Perdana Menteri juga akan mengadakan pertemuan jamuan tengah hari dengan pemimpin-pemimpin perniagaan Amerika yang dianjurkan oleh Majlis Perniagaan Amerika Syarikat-Asean di sini.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");