Perak Hari Ini

VALE Eco Centre, Tarikan Baharu Di Teluk Batik

MANJUNG: Pusat Ekologi VALE (VEC) merupakan salah satu tarikan baharu buat para pengunjung di Teluk Batik apabila pusat itu secara rasminya dilancarkan, hari ini.

Lokasi Teluk Rubiah di Lumut merupakan hab logistik bagi syarikat VALE yang menjadi pusat pengedaran bijih besi yang dibina serta dilengkapi dengan jeti laut dalam dan tempat penyimpanan bijih besi.

PERAKTODAY6

Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid telah merasmikan tapak tersebut hari ini.

Zahir ketika ditemui dalam sidang media berkata, pelancaran VEC ini boleh menjadi contoh atau ‘role-model’ kepada syarikat-syarikat besar yang lain.

“Ini menunjukkan bahawa pelabur-pelabur yang masuk ke negeri ini juga perlu menjalankan dasar-dasar CSR (corporate social resposibility) bukan sahaja dengan rakyat, tetapi dengan alam sekitar.

IMG_1769

“Ini penting sekali. Ia menjadi model atau contoh kepada syarikat-syarikat besar yang lain bukan sahaja dari luar Negara, tetapi juga pelabur-pelabur tempatan,”katanya.

Tambahnya lagi, diharapkan dengan penubuhan VEC tersebut, ianya dapat menjadi pemangkin kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk memelihara alam sekitar.

“Ini merupakan usaha kita yang penting sekali untuk generasi-generasi akan datang. Sebab itu, ianya melibatkan golongan belia dan pelajar sekolah.
“Kerajaan negeri sentiasa memberi sokongan penuh dalam penubuhan dan usaha ini,”ujarnya.

PERAKTODAY4

Dalam majlis yang sama, Zahir turut menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) diantara VALE dan Malaysian Nature Society (MNS).

Pengarah Urusan VALE Malaysia, Efrem Daumas berkata, VALE telah menjalinkan kerjasama bersama MNS bagi menjalankan Ekspedisi Saintifik di hutan Teluk Rubiah.

PERAKTODAY2

“Tujuan ekspedisi ini adalah untuk mengetahu potensi-potensi yang ada di hutan Teluk Rubiah untuk dibawa ke Pusat Ekologi.

“Ekspedisi ini melibatkan pengkaji, pakar alam semulajadi, guru sekolah serta pelajar, pekerja dan sukarelawan dari VALE dan MNS,”katanya.

Tambahnya lagi, VEC telah menerima lebih dari 1,500 pengunjung sejak ianya mula dibuka kepada orang ramai pada awal tahun lalu.

Setiausaha Kehormat MNS, Stephanie Bacon berkata, pihaknya amat berbangga apabila dapat bekerjasama dengan VALE Malaysia untuk melindungi 60 peratus daripada hutan yang dimiliki syarikat tersebut

PERAKTODAY5
.
“Dalam ekspedisi yang dilakukan oleh MNS pada Januari 2014, pelbagai sepsis haiwan telah dikenalpasti. Daripada burung seperti enggang, mamalia dan sebagainya.

“Apa yang menjadikan VEC ini lebih unik ialah, di sini terdapat dua jenis persekitaran iaitu hutan pantai dan juga pantai berpasir yang menjadi habitat kepada pelbagai jenis flora dan fauna,”katanya.

Hasil ekspedisi yang dijalankan, MNS mendapati terdapat lebih daripada 100 jenis tumbuhan, 125 spesis burung, 28 spesis pepatung dan beberapa spesis yang lain.

VALE memperuntukkan 715 ekar daripada 1,196 ekar tanah yang dimilikinya untuk dipelihara.

Pusat ekologi tersebut dijangka akan dibuka kepada orang awam dari jam 8.30 pagi hingga 6 petang ini setiap hari tanpa sebarang bayaran dikenakan.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan seperti merentas hutan, perkhemahan alam sekitar, memerhati burung dan serangga, aktiviti ekologi dan eksperimen dan pengalaman secara langsung.

VEC merupakan salah satu tanggungjawab sosial yang dilakukan oleh syarikat perlombongan global yang beribu pejabat di Brazil.

Syarikat tersebut merupakan peneraju dalam pengeluaran bijih besi dan pengeluar nikel kedua terbesar dunia dengan melibatkan operasinya di 30 buah Negara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");