Panasnya Hari Ini

Visa Percuma: Nazri Bidas Imigresen Tidak Bantu

KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan Datuk Seri Datuk Seri Nazri Aziz membidas tindakan Jabatan Imigresen yang didakwanya tidak membantu dalam melaksanakan pemberian visa percuma kepada pelancong rakyat China yang mahu melawat negara ini.

Jabatan yang berada di bawah Kementerian Dalam Negeri dikatakan tidak melaksanakan langkah itu seperti keputusan yang dipersetujui kabinet.

Tambahnya lagi, Jabatan Imigresen dikatakan tidak tampil membantu malah bertindak mengetatkan lagi pemberian visa.

“Pelancong negara Rusia, yang dahulunya negara komunis, diberikan visa percuma selama 30 hari. Tetapi pelancong negara China, juga negara komunis sekarang, mereka tidak diberikan visa. Saya tidak faham mengapa ini boleh berlaku.

“Pelancongan dari negara jiran yang menghapuska visa iaitu Indonesia dan Thailand dan mendapat peluang besar, tapi Malaysia mengetatkan lagi. Tidak melaksanakan keputusan kabinet, mereka mengetakan lagi.

“Sebenarnya keputusan kabinet tidak dilaksanakan oleh pihak Imigresen. Ia amat merugikan kepada negara kita,” katanya di Dewan Rakyat memetik sumber daripada laporan Malaysiakini.

Terdahulu ujarnya lanjut, Jabatan Imigresen hanya memberikan visa sekiranya pelancong itu datang secara berkumpulan iaitu kepada 20 orang.

Menurutnya, jumlah pelancong China juga dicatatkan mengalami penurunan bermula Januari hingga Jun 2015 sebanyak 11.7 peratus berbanding pada tempoh yang sama pada tahun lalu.

Pada tahun ini sahaja, jumlah pelancong China mencatatkan sebanyak 751,383 orang berkurangan daripada tahun lalu iaitu sebanyak 850,877 orang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");