Sukan Hari Ini

Walcott mahu ganti Rooney

PEMAIN lincah England, Theo Walcott berharap dapat beraksi diposisi penyerang dalam dua aksi Kumpulan E, Kelayakan Euro 2016.

The Three Lions akan menentang Estonia di Wembley esok diikuti Lithuania, tiga hari kemudian.

England yang sudah layak ke Perancis itu bagaimanapun dijangkakan beraksi tanpa penyerang, Wayne Rooney, Danny Ings dan John Stones yang dilaporkan kurang cergas.

Disebabkan itu, Walcot berharap pengendali Three Lions, Roy Hodgson dapat meletakkannya di bahagian penyerang.

“Semuanya akan terjawab hari ini sama ada mereka dapat bermain atau tidak. Bermain selaku penyerang tengah adalah keinginan saya,” katanya.

England kini memimpin Kumpulan E dengan 24 mata selepas lapan perlawanan.

– Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");