Panasnya Hari Ini

Zam Ramal Muhyiddin Dipecat Sebelum PAU

KUALA LUMPUR:Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin atau Zam dalam penulisan blognya hari ini mendakwa terdapat beberapa pemimpin UMNO kini berusaha untuk menyingkirkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai ahli parti itu sebelum Perhimpunan Agung UMNO (PAU), Disember  ini.

Namun ujarnya, bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga selaku Timbalan Presiden UMNO itu  tidak boleh dipecat dari jawatannya itu kerana beliau dipilih oleh Perhimpunan Agung melainkan pemecatannya sebagai ahli UMNO berlaku dan secara automatik akan menggugurkannya dari jawatan tersebut.

Pemecatan sebagai ahli juga tegasnya hanya boleh dilakukan jika terdapat bukti yang kukuh.

“Inilah yang sedang digerakan oleh Setiausaha Agung UMNO Tengku Adnan dengan kenyataan siasatan terhadap tujuh pemimpin UMNO sedang dijalankan kerana kenyataan mereka yang boleh menjejaskan parti,” ujarnya.

Tambahnya lagi, terdapat 75 peratus ketua UMNO bahagian malah ada yang mendakwa 95 peratus telah sedia untuk menyokong tindakan untuk menyingkirkan Muhyiddin.

“Sementara itu rakan karib Datuk Seri Najib, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob juga lantang bersuara mendesak tindakan tegas tanpa mengira jawatan diambil terhadap mereka yang terlibat.

“Barangkali Muhyiddin menyedari perancangan terhadapnya maka itu beliau berhati-hati dalam menerus keritikannya tetapi dalam suatu forum di Johor Baru, baru-baru ini beliau meanggap “pengecut” pemimpin UMNO yang menyokong presiden. Ini telah mendorongkan penyokong-penyokong Najib menjadi semakin agresif ,” katanya lagi.

Ujarnya lagi, langkah menyingkirkan Muhyiddin mesti dilakukan sebelum Perhimpuan Agung UMNO tidak lama lagi berikutan kehadiran Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden bermungkinan akan menimbulkan kekecohan yang boleh menjatuhkan maruah Najib sebagai Presiden UMNO jika berlaku tindakan provokasi antara kedua pihak.

“Mencantas Muhyiddin juga perlu dilakukan lebih awal supaya bakal timbalan presiden UMNO dapat dipromokan sebelum Perhimpunan Agung UMNO menjelang Pilihanraya UMUM akan datang dan supaya Najib dapat berkuasa sehingga pilihanraya umum itu.

“Ini juga akan memberi peluang kepada Najib untuk mengkosolidisasikan lagi kekuatannya dalam parti dan memperbaiki ekonomi negara tetapi ini belum pasti akan dapat mempastikan pemulihan sokongan orang Melayu kepada UMNO untuk terus bekuasa kerana semangat bahagian dan ahli-ahi UMNO adalah sangat rendah kerana kerosakan imej kepiminan negara yang sangat parah,” catat beliau lagi.

Beliau turut mendakwa bahawa khabar angin mengatakan terdapat negeri-negeri yang mahu mengadakan pilihanraya Dewan Undangan Negeri secara berasingan atau bersendirian seperti Sarawak supaya tidak menampakan penglibatan imej Najib tetapi atas kekuatan imej tiap menteri besar sendiri.

“Supaya keadaan tidak menjadi lebih buruk maka Muhyiddin dan beberapa orang lagi yang masih merancang untuk menjatuhkan Najib, mestilah bersedia untuk dicantas kerana merosakan imej parti walaupun niat jujur hendak menyelamatkan parti tetapi akhirnya kebenaran politik terletak dimana kita berdiri.

“Ini adalah oleh kerana UMNO tidaklah berasaskan kepada ideology rigid sebaliknya pragmatik.Ketua-ketua bahagian UMO melihat bahawa langkah menyelamatkan kepentingan peribadi Najib adalah perlu untuk kekuatan parti dari menyelamatkan parti untuk kepentingan seluruh rakyat.

“Keputusan ini mereka buat oleh kerana Najib adalah King of Money yang mempunyai pengalaman lama dalam UMNO bahawa Money Is The King,” ujar Zam lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");