Panasnya Hari Ini

10 Cawangan UMNO Desak Najib Letak Jawatan

KUALA LUMPUR:Terdapat 10 cawangan UMNO di negeri ini terlibat dalam desakan supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan berikutan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang disifatkan merosakkan imej parti dan negara.

Perkara itu diakui oleh Ketua Penerangan Umno Selangor, Datuk Zein Isma Ismail yang  melibatkan 10 cawangan UMNO dari Bahagian Sepang.

“Pada awalnya, saya dimaklumkan wujud dakwaan bahawa 20 cawangan membuat desakan berhubung perkara itu.

“Bagaimanapun ia telah dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab dan setakat ini dipercayai hanya 10 cawangan yang terlibat di bahagian itu,” katanya memetik laporan Sinar harian.

Desakan itu dakwanya dibuat selepas ahli parti menyatakan kekecewaan setelah pemimpin nombor satu negara itu dilihat gagal menyelesaikan skandal 1MDB dalam tempoh enam bulan selain tidak memperjelaskan kekeliruan yang tercetus berhubung syarikat itu.

Namun ujarnya, kepimpinan daripada cawangan berkenaan telah membuat tindakan tidak mengikut saluran yang betul.

“Tindakan mereka itu bukan mewakili suara Umno Selangor. Jika mereka tidak boleh terima kepimpinan perdana menteri, perkara ini harus dibawa dan dibincang dahulu secara terperinci dalam mesyuarat di peringkat cawangan.

“Jika dua pertiga daripada Ahli Jawatankuasa (AJK) cawangan yang hadir itu bersetuju dengan cadangan tersebut, ia hendaklah dibawa kepada satu mesyuarat persidangan khas cawangan yang memanggil semua ahli dalam cawangan itu.

“Pada saya… seorang ketua tak boleh sepenuhnya membuat keputusan. Saya yakin ada di kalangan timbalan ketua cawangan atau ketua wanita atau AJK lain yang tak bersetuju dengan keputusan yang dibuat ketua cawangan,” katanya.

Tambahnya lagi, ketua cawangan adalah pemimpin cawangan dan keputusan yang dibuat itu bukanya mewakili kesemua ahli di cawangan.

“Itu hanya pandangan ketua cawangan, maka dengan itu saya bersetuju dengan cadangan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang meminta agar Ketua Umno Bahagian itu (Sepang) membuat laporan penuh tentang perkara ini dan Ibu Pejabat Umno juga perlu menyelidik dan siasat perkara ini,” katanya.

Terdahulu, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyatakan akan menjalankan siasatan kemungkinan wujudnya dalang di sebalik desakan meminta pengunduran Najib oleh sekumpulan pemimpin akar umbi di Selangor dan Negeri Sembilan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");